Editorial

Sarimah Ibrahim Cari Info Buah Hati Dari Google


Selepas lama hidup bersendirian kerana kegagalan rumah tangga yang dibina lima tahun lalu, kini pengacara dan penyampai radio MIX FM, Sarimah Ibrahim, 36, sudah bertemu pengganti yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapi.
Kesan perceraian lalu, Sarimah tidak pernah berhasrat untuk membina istana cintanya semula sehinggalah dia bertentang mata dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, iaitu cucunda kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pada satu majlis makan malam rakannya yang juga rakan kepada Nadzimuddin atau mesra dipanggil Jamie iaitu nama timangan yang diberi bondanya sejak kecil. 
“Tanpa saya ketahui kami berkawan dengan orang yang sama dan ketika makan malam itu saya asyik bertegur sapa serta berbual dengan rakan lain sehinggalah saya terpandang padanya yang duduk di hujung meja memerhatikan saya. Dalam hati saya, ia sesuatu yang menarik dan ia seperti memberi satu isyarat. Daripada saling berpandangan dan mengangkat tangan, dia menegur saya lalu kami berbual panjang.


“Kami berbual lama bertukar-tukar topik termasuk isu perceraian kerana Jamie juga duda, kehidupan dan macam-macam lagi. Kami berdua juga mempunyai banyak persamaan termasuk berkongsi minat dalam sukan.


“Hubungan kami baru saja berlangsung selama tiga bulan namun amat serasi. Kami sudah berjumpa keluarga kedua-dua pihak. Syukur, perhubungan kami berjalan lancar tetapi kalau nak tahu sejauh mana perancangan masa depan, tunggulah dulu. Kalau sampai jodoh kami nanti, saya akan beritahu kerana tiada apa yang saya nak sembunyikan,” katanya.

Tags:

Related Posts

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top