Editorial

Lelaki Melayu Buat Laporan Polis Berang Speaker Azan Kuat



SEBELUM ini, kita pernah mendengar pihak bukan Islam yang mengadu kerana penggunaan pembesar suara yang kuat oleh masjid ketika melaungkan azan atau bacaan ayat suci Al-Quran.
Tetapi agak ganjil dan jarang jika yang menjadi pengadu kepada perkara-perkara begini datangnya dari umat Islam sendiri yang merungut gangguan ke atas mereka pada awal-awal pagi.

Lelaki itu yang berusia 56 tahun, sanggup sehingga membuat laporan polis berkenaan kes itu.
Dalam laporan polis berkenaan, lelaki itu turut berkata telah membuat laporan ke pejabat Jabatan Agama Islan Negeri Johor dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan untuk tindakan lanjut.
Tidak diketahui apakah tujuan lelaki ini membuat laporan polis kerana kes berkenaan. Jika diteliti laporan polis yang dibuat ada kemungkinan lelaki itu bukanlah jenis orang yang suka untuk bangun Subuh.
Dek kerana terganggu agaknya untuk tidur tergamak beliau membuat laporan polis.

Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Prof Izzi



BELUM pun reda dakwaan mengaitkan Professor Izzi Ali dengan kes mencabul pelajarnya, kini timbul pula pendedahan dari seorang wanita yang mendakwa bekas pembantu peribadi kepada pakar motivasi tersebut.
Wanita itu memberi komen di Facebook menceritakan dia pernah bekerja untuk Prof Izzi sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan dua tahun lalu.
“Sampai bila nak tutup benda ni, saya ingatkan dia dah insaf, dah bertaubat. Rupa-rupanya masih dengan perangai lama dia lagi,” kata wanita itu dalam satu komentar di Facebook.
Kenyataan itu menyusul ketika Prof Izzi masih membisu berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya baru-baru ini.
Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana benar wanita tersebut pernah bekerja dengan Prof Izzi.

Sebelum ini seorang pelajar mengaku diraba buah dada oleh seorang prof terkenal. Berikut adalah petikan akhbar HMetro:

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.
Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nuru Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
Laman Facebook milik Prof Izzi turut menjadi tempat membincangkan polemik tersebut dengan reputasi pensyarah berkenaan mula menjadi pertikaian serius termasuk oleh pengikutnya di laman sosial tersebut.
Malah, ada yang secara terbuka mempersoalkan sikap membisu Prof Izzi yang memilih untuk berdiam diri sehingga kini. – New Malaysian Post

Warga Emas Bernafsu Liar Cabul 3 Budak


Manila: Seorang lelaki Britain berusia 73 tahun ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan tiga kanak-kanak bawah umur.
Stanley James Lamb ditahan polis Carcar kerana disyaki meraba bahagian sulit kanak-kanak itu di kediamannya di Barangay Perrelos, Cebu kelmarin.
Ketua Polis Wilyah Visayas, Superintendan Danilo Constantino berkata, Stanley didakwa di bawah akta pencabulan Filipina.
Katanya, identiti ketiga-tiga mangsa yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Danilo berkata, Stanley menjemput mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mereka.
Tertuduh ditahan di balai polis Carcar sementara menunggu pertuduhan difailkan ke atasnya.
Sabtu lalu, seorang diplomat Itali berusia 46 tahun ditahan di pusat peranginan Laguna selepas dituduh menyeludup dan mendera tiga kanak-kanak lelaki.
Menurut saksi, duta Itali di Turkmenistan, Daniele Bosio dilihat “meraba dan membelai” kanak-kanak itu di kolam renang.
Bosio ditahan di balai polis Biñan sementara kanak-kanak itu yang didakwanya gelandangan dari Manila, diletakkan di Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan.

Buaya Gergasi Baham Dan Makan 6 Orang Sekaligus



Kampala: Seekor buaya yang disyaki membaham dan memakan sekurang-kurangnya enam orang ditangkap di pantai Tasik Victoria.

Sang bedal berukuran 5.5 meter panjang dan berat kira-kira setan ditangkap selepas penduduk tempatan mendesak pegawai hidupan liar memburunya.

Mangsa terbarunya dipercayai bapa dua anak, Bosco Nyansi, nelayan tempatan. Baju Bosco yang koyak rabak ditemui terapung di tasik berkenaan oleh penduduk tempatan.

Tidak ada kesan lain ditemui dan rakannya percaya dia dibaham buaya berkenaan.

Reptilia berkenaan dipercayai berusia lebih 80 tahun. Ia diyakini memakan dan mencederakan beberapa nelayan sebelum ini kerana minatnya terhadap daging manusia.

Pegawai hidupan liar memerangkap buaya berkenaan dengan mengguna umpan daging besar ketika memburunya selama empat hari. - Agensi

Himpunan Foto Seksa Aktres Indon Ketika Bersosial

Biodata Mirasih Tyas Endah atau Tyas Mirasih (lahir di Jakarta, 8 April 1987; umur 22 tahun) adalah seorang model video klip, presenter, dan pemain sinetron Indonesia. Memang tidak dinafikan pelakon yang sedang meningkat naik ini agak bersifat lebih terbuka dan tidak teragak-agak untuk kongsi gambar-gambar panas di media sosial







Lelaki Disembelih, Perut Ditoreh Dan Terburai



Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian. 
Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu. 

"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.

"Kejadian bunuh dipercayai berlaku di tempat lain sebelum mayat itu dibuang di tempat ia dijumpai berdasarkan kesan darah yang sudah kering, selain tiada kesan titisan darah di tempat kejadian dan kesan pergelutan," katanya.



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Teori Konspirasi ‘Diego Garcia’ Semakin Dapat Kepercayaan



TIDAK lama selepas insiden kehilangan MH370, pelbagai teori menjadi bahan kupasan di laman siber, namun paling banyak diperkatakan ialah konspirasi melibatkan Diego Garcia - pulau terpencil di selatan Lautan Hindi yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).
Walaupun pelbagai teori konspirasi menjadi bualan, namun Diego Garcia paling mendapat perhatian dengan adanya kaitan demi kaitan yang dibuat sepanjang operasi mencari pesawat berkenaan.
Dengan tempoh pencarian yang sudah memasuki hari ke-29, tindak-tanduk Amerika Syarikat yang didakwa “tidak sepenuh hati” dalam membantu operasi mencari dan menyelamat semakin menguatkan lagi teori berkenaan.
Masakan tidak, Amerika Syarikat yang dilaporkan sebagai kuasa besar yang mendominasi teknologi ketenteraan masih tidak dapat memberi penjelasan konkrit bagaimana negara itu gagal menjelaskan banyak perkara termasuk data radar dan satelit canggih yang dimilikinya.
Lebih menimbulkan tanda-tanya, sehingga kini, Amerika Syarikat tidak berkongsi data satelit yang dimilikinya kecuali beberapa negara lain termasuk Australia, Perancis, Thailand, Japan dan India.
Pakar kejuruteraan penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir yang dalam satu laporan Sinar Harian berkata, radar ketenteraan milik AS di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.
Menurutnya, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu boleh mengesan pesawat atau kapal yang berada ribuan meter di atas udara mahupun laut berserta jenis, kelajuan dan sebagainya.
“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.

Sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori konspirasi yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.

Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi.
Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas – sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas – dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan.
“Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?” soal beberapa pengguna Twitter.
Jadi bualan paling hangat di Twitter
Pemantauan di Twitter berkenaan MH370 sejak tiga minggu lalu dan mendapati kebanyakannya menyebut Diego Garcia (kanan), khususnya di kalangan tweet yang telah dikongsi oleh beberapa pengguna lain.
Kisah Diego Garcia berterusan walaupun muncul teori-teori lain tentang apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200ER yang turut diperkatakan dalam wacana awam.
“Sehingga semalam, terdapat 1,000 hingga 2,000 tweet setiap jam tentang MH370 bergantung kepada masanya, manakala tweet yang menyebut tentang Diego Garcia ialah sekitar 50 tweet sejam,” lapor portal Malaysiakini.
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.
Dakwaan penduduk Maldives kukuh
Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat sebelum ini menolak teori tentang Diego Garcia itu.

Juruterbang Digantung Kerja Kerana Bergambar Dengan Model



AKIBAT membenarkan seorang wanita masuk menangkap gambar dalam Cockpit seorang juruterbang dan co-pilot syarikat penerbangan vietnam digantung kerja.
Juruterbang itu membenarkan Ly Na Khy yang juga merupakan pelakon/ model memasuki pit untuk melihat sendiri bagaimana cara untuk mengendali kapal terbang dan sememangnya itu salah sebagai juruterbang.
Mungkin sebenarnya ramai penumpang yang mahu tahu bagaimana mengendali pesawat dan lebih teruja apabila melihat dengan mata sendiri.

Nikita Willy Pakai Dress S*ksi Masuk Masjid



Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu. 

Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian agak seksi dengan bahagian bahunya terdedah. 
Penampilan Niki sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan busana tertutup, maklumlah di masjid. 
Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum. 
"Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan. 

Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan
Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu.

"Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.

Cara Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal

Gambar hiasan : Kerana wanita sukar dimengerti..
Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.

Kisah Sedih Iqbal Mazlan, Jual Botol & Putus Tunang



PETALING JAYA: Kesengsaraan hidup juara Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan datang bertimpa-tipa apabila dia putus tunang dan menjadi penjual botol kerana kesempitan hidup.
Iqbal, 26, memberitahu nasibnya bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila dia juga tidak menerima sebarang tawaran berlakon sudah hampir setahun lalu manakala hasratnya untuk berkahwin tidak menjadi selepas pihak wanita meminta pertunangan mereka diputuskan.
"Saya tidak mahu fikir negatif kenapa dia tinggalkan saya, mungkin kami memang tiada jodoh lagi dan hubungan juga sudah tiada lagi persefahaman.
"Dua bulan pertama kami putus, memang saya sangat kecewa kerana kami sudah berkawan hampir tiga tahun dan ketika saya berada dalam keadaan begini dan tiada tawaran berlakon, dia pula tinggalkan saya.
"Ibu juga ada berseloroh menyuruh supaya saya mandi bunga kerana malang yang bertimpa-timpa, tapi saya tidak percaya," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.
Sementara itu, katanya, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara perbelanjaan seharian keluarga termasuk menjual nasi lemak dan mengutip botol di sekitar Klang dekat sini.
Tambah Iqbal, dia reda dan menganggap musibah yang datang sebagai satu ujian daripada Allah.
"Ibu-bapa saya tidak bekerja jadi saya perlu mencari duit perbelanjaan lebih-lebih lagi anak angkat saya iaitu Adam yang sedang membesar. Dia pun dah berusia tiga tahun.
"Oleh itu saya terpaksa buat apa juga kerja yang halal termasuk jual nasi lemak, kutip botol dan tin kosong di tepi jalan untuk di jual.
"Saya ada juga hubungi pihak-pihak produksi yang pada mulanya ingin menawarkan saya berlakon tetapi bila tiba masanya saya cuba hubungi tidak pula dijawab," katanya.
Tambah Iqbal, dia juga kini baru sahaja bekerja di sebuah gimnasium di Ukay Perdana, Ampang dan melatih pelajar-pelajar sekolah dalam seni mempertahankan diri pada setiap hujung minggu.
Lebih teruk lagi, ibunya kini sedang menghidap penyakit kanser payudara, manakala dia sendiri mengalami kecederaan pada pinggang kesan akibat terjatuh ketika melakonkan aksi lagak ngeri untuk sebuah filem beberapa tahun lalu.
"Ibu saya masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Klang, dan saya juga tidak boleh terlalu aktif kerana cedera di pinggang kesan daripada jatuh ketika penggambaran filemAbuya beberapa tahun lalu," katanya.

mstar

Gambar Menggoda Neelofa Ketika Sesi Latihan KickBoxing


Kickboxing atau muay Thai sememang nya begitu sinonim dengan masyarakat pantai timur khususnya Kelantan..seni bela diri ini bukan saja untuk memjadi sebagai senaman malahan juga telah di iktiraf diperingkat dunia. 
Pengacara cantik dari negeri Pantai Timur, Neelofa mula mempelajari seni mempertahankan diri kickboxing sebagai senaman rutin dan juga secara tidak langsung untuk menjaga keselamatan dirinya.
Bukan mudah sebenarnya untuk bergelar selebriti, lebih-lebih lagi wanita, walaupun berat badan hanya bertambah sekilo-dua, namun ‘pembesaran’ yang kecil itu nampak begitu ketara di kaca televisyen.
Jom tengok gambar-gambar  selebriti jelita ini yang telah dimuat naik dilaman sosial nya.



Selain berdiet, para selebriti juga dilihat telah mula giat mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal menawan di khalayak ramai, selamat maju jaya untuk Neelofa

Kisah ustaz Farid Ravi dengan pramugari MAS



Kisah Yang Menyentap Jiwaku: Pramugari Boeing 777

Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;

Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.
Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz“, saya jawab “Wa alaikum salam”.

Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.

Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni“… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yg mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;

Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikum salam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)

Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan.
Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA”.
-oleh Ustaz Farid Ravi

Bekerja Ikut Giliran Syif Buat Pekerja Jadi Gila



KAJIAN mendapati individu yang bekerja mengikut giliran syif berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, diabetes, strok serta masalah mental.

Kajian itu juga menunjukkan bekerja pada syif malam meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga tiga kali ganda.

Pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tidur di University of Surrey, England, Profesor Derk-Jan Dijk berkata, bekerja secara syif dikatakan dapat memusnahkan sehingga 1,500 gen dalam tubuh manusia. Tubuh manusia mempunyai kira-kira 24,000 gen.

Menurutnya, gangguan terhadap kitaran 24 jam semula jadi badan akan secara tidak langsung mengubah pola irama gen.

Untuk menilai kesan ke atas tubuh, penyelidik menempatkan 22 orang responden mengikut jadual 28 jam sehari tanpa kitaran cahaya gelap semula jadi.

Hasil kajian mendapati, kitaran tidur-jaga mereka tertangguh sehingga empat jam setiap hari menyebabkan mereka tidur 12 jam berbeza daripada hari normal.

Sampel darah juga menunjukkan pengurangan enam kali ganda dalam bilangan gen dalam tempoh kira-kira 24 jam.

Pengurangan gen itu dipercayai mempengaruhi kitaran tubuh dalam jangka masa panjang sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan.

Sumber: Kosmo!

Ayah Makin Tua Makin Miang




SEBENARNYA nak cerita malu, tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi sakit jiwa, sebab kami dah tak tahan lagi dengan perangai ayah semakin tua makin menjadi-jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tahu. Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, semakin di nasihati semakin dia tunjukkan perangai buruknya pada kami.

“Bayangkan ayah boleh bercinta dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua, supaya kami dengar. Hinggakan saudara mara yang mendengar pun geleng kepada.’’ Itu cerita Fatin Najwa dalam e-mel pendek dan seterusnya ketika kami berbual panjang beberapa kali di telefon baru-baru ini.

“Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali, ayah tak beri emak ikut, susah katanya, sebab kami bersekolah, dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.

“Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di telefon awam, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar. Bila cuti sekolah ayah balik rumah, sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggilan telefon.

“Saya tahu ayah ada ‘sahabat pena’. Bukan itu saja, kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada. Dalam adik-beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur perangai ayah. Kakak-kakak tak berani, katanya berdosa cakap kasar dengan ayah, tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah, tak berdosa?

“Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak perangai ayah tak betul saya tegur walaupun saya selalu kena tengkeng. Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka perangai ayah cakap depan-depan, tapi kata emak sabar, satu hari nanti ayah berubah. Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi-jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.

“Peliknya, si isteri orang ini Qas umur dah lebih 40 tahun, ada anak tiga orang, dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah, konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke? Tujuan sebenarnya nak goda ayah. Peliknya suami Qas tak marah, sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.

subahat

“Saya rasa suaminya tak marah sebab dia izinkan isterinya pergi makan angin tiga malam ke Genting siap bergambar dengan ayah. Takkan dia tak tanya isterinya pergi mana, tinggalkan anak dan dia siap ambil cuti jaga anak-anak di rumah.

“Mulanya saya tak tahu perangai ayah tapi guru sekolah tempat ayah mengajar beritahu, mereka tak mahu bersubahat. Untuk kepastian, saya intip ayah. Saya selidik siapa Qas dan suaminya. Memang tak boleh nafikan. Akibatnya emak dapat penyakit jantung.

“Saya pernah curi tengok telefon ayah tertinggal ketika dia mandi. Terkejut berok bila saya tengok gambar-gambar ghairah Qas tak berbaju berlengkar atas katil dengan ayah. Saya tau Qas ambil gambar tu, sebab ayah memang tak pandai gunakan telefon canggih.

“Emak selalu menangis, tapi tak berani tanya ayah. Dia selalu cerita perangai ayah, bila saya naik angin, emak suruh saya sabar, berdosa lawan ayah. Jadi apa sebenarnya emak mahu? Saya beritahu emak, perangai ayah semakin buruk berpunca daripada sikap emak, sebab terlalu takut dan puji ayah setengah mati, hinggakan ayah selalu ugut nak terajang emak.

“Kerana dah tak tahan perangai buruk ayah, ada seorang dua guru telefon kakak dan saya suruh emak datang, tapi kami tak beri, sebab emak sakit jantung. Saya pernah lihat kereta ayah di rumah Qas. Bila mereka keluar, saya tanya anak Qas mana emak dan ayahnya.

“Kata anaknya emaknya keluar, ayahnya pergi kerja. Saya tanya lagi mereka tahu tak emaknya isteri orang tak boleh berjalan dengan suami orang. Berdosa. Bila emaknya balik, mereka beritahu ayah saya dan Qas, apa lagi, ayah mengamuk sakan tuduh saya campur urusannya. Saya mengaku sebab nak sedarkan ayah tak baik buat skandal dengan isteri orang, akibatnya teruk saya kena penampar dan penumbuk ayah.

“Saya bukan budak kecil, dah 22 tahun. Tetapi kena pukul sebab cuba nasihatkan ayah. Sejak itu perangai ayah bertambah teruk lagi, seolah-olah mencabar saya dan emak, apa kami boleh buat kalau dia berasmara dengan kekasihnya di telefon. Ayah langsung tak ada perasaan segan silu. Lebih menyedihkan ayah sudah lupa solat. Jangan kata solat lima waktu, solat Jumaat pun dia tak buat, asyik keluar makan dan shopping dengan Qas.

“Saya tahu ayah ada banyak duit, sebab dia tak tanggung lagi makan minum kami, semua emak uruskan. Jadi duit lebihannya dia belikan telefon canggih, laptop untuk kekasihnya dan anak-anaknya. Peliknya suami Qas tak marah. Ini bukan kali pertama Qas ada skandal dengan suami orang. Dia cerita keseronokannya dalam FB, dia bangga kerana dapat ayah jauh lebih baik daripada kekasih lamanya.

“Ayah tak tahu guna telefon canggih, tapi Qas suruh belajar. Nak hantar SMS tulisan halus mata ayah dah kabur kerana penyakitnya. Tapi ayah tak malu dia guna kanta pembesar untuk taip dan baca SMS. Saya pernah sindir ayah, kalau mata dah kabur ingatlah diri dah tua tak payah SMS lagi, belajarlah pergi ke masjid.

“Sekarang ayah makan ubat ‘double steam cell’ supaya nampak muda, kulit cerah dan lawa. Ayah tak tahu pasal benda-benda tu, tapi Qas suruh ayah makan supaya ayah kekal muda dan dia boleh kikis duit ayah lagi.’’ Itu cerita FatinNajwa.





Utusan

Hanez Suraya Akur Liyana Enggan Mohon Maaf



SHAH ALAM: Pelakon Hanez Suraya akur untuk tidak mengambil tindakan terhadap Nurliyana Abd Manan, wanita yang juga isteri kepada teman lelakinya kerana enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, juga enggan mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak.
"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya ringkas kepada mStar Online.
Hanez ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, Khamis.

Pelakon drama I Love You Mr. Arrogant itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Pada sidang media itu dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Dalam pada itu, Hanez berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.
"Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup.
"Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," katanya.
Sementara itu, Hanez berkata, dia ada membaca komen daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada sidang akhbar yang diadakan.
Hanez berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian.
"Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.
"Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia sangat teruja untuk beraksi pada teaterProjek Kahwin kerana itu adalah penampilan pertamanya di pentas teater.
Kata Hanez, biarpun gementar namun dia ingin menyahut cabaran tersebut kerana ia adalah peluang untuk membuktikan kebolehannya sebagai pelakon.
"Dulu penerbit pernah menawarkan saya untuk berlakon teater Maduku Kalut tetapi saya tolak kerana tidak yakin dapat melakukannya.
"Namun semangat dan dorongan daripada produksi dan rakan-rakan membuatkan saya ingin mencuba apabila sekali lagi ditawarkan untuk berlakon teater," jelasnya.
Selain Hanez, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Rupa Anak Kandung Micheal Jackson?



DUNIA Hollywood dikejutkan dengan pengakuan seorang penyanyi berusia 31 tahun, Brandon Howard yang mendakwa dirinya sebagai anak rahsia Raja Pop, Micheal Jackson.

Bagi Mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Howard menjalani ujian DNA menggunakan sampel gigi mendiang dan hasilnya terbukti 99,9 peratus sahih.

Menurut Howard, dia mendapatkan bukti bukan untuk mengejar populariti semata-mata sebaliknya mahu mencari kebenaran mengenai asal-usulnya.

"Demi kebenaran, saya bersumpah bahawa ujian DNA tiada kaitan dengan harta atau glamor.

"Tetapi ingin mengetahui siapa ibu bapa kandung atas keinginan diri sendiri. Tiada paksaan mana-mana pihak," tegasnya.


3 Gambar Hot Seksi Erra Fazira Dengan Rambut Warna Perang

Perrghh ! "Selfierina Blonde Gurl Wanna Be! Shading Maut- by Deqsha Hair by Nurul Shukor Official," ujar Erra Fazira mengenai imej blondenya. Nampaknya Erra Fazira terus MOVE ON tanpa toleh ke belakang lagi. Ini merupakan gambar terkini beliau. Memang Cantik Macam Anak Dara !




Lima Insiden Pesawat Hilang Yang Pernah Kejutkan Dunia



KEHILANGAN pesawat Air France pernah mengejutkan dunia apabila ia tidak dapat dijumpai walaupun dilaporkan terhempas di Lautan Atlantik. Pesawat berkenaan hanya ditemui selepas dua tahun.
Bagi Malaysia Airlines (MAS), setelah lebih 60 tahun beroperasi, syarikat ini turut terpalit kenangan pahit melibatkan pesawat kendaliannya.
Pada Disember 1977, MAS terlibat nahas pertama apabila pesawat MH653 terhempas di Tanjong Kupang, Johor dan mengorbankan 100 nyawa.
Manakala pada September 1995, 34 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas pesawat Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Pesawat dilaporkan terlajak dan terhempas lalu merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti terletak berhampiran lapangan terbang.
Kini, MAS sekali lagi diuji apabila pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tiba-tiba hilang. Ada mengaitkan kes ini dengan kehilangan Air France AF447 ekoran kesukaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan pesawat terbabitPesawat membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi, dua jam selepas ia berlepas.
Sehingga kini, usaha mencari masih giat dijalankan diiringi bantuan dari lebih 15 negara yang menghantar pelbagai jenis pesawat canggih mereka untuk mengesan pesawat malang terbabit.

5 KEHILANGAN MISTERI DI UDARA

Amelia Earhart
Juruterbang wanita pertama dunia Amelia Earhart hilang ketika cuba melakukan penerbangan bersejarah merentasi Lautan Pasifik dan mengelilingi dunia bersama juru pandu Fred Noonan menaiki pesawat Lockheed Model 10 Electra.
Sejak terputus hubungan 3 Julai 1937, misi mencari dihentikan secara rasmi pada 18 Julai. Amelia disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 1939 setelah usaha mencari gagal.
Air France AF447 
1 Jun 2009, pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis terhempas di  Lautan Atlantik menyebabkan 228 orang terbunuh.
Beberapa hari selepas itu, beberapa serpihan ditemui dan dua tahun kemudian, kotak hitam dan lain-lain serpihan pesawat ditemui terdampar di dasar lautan pada kedalaman antara 3,800 hingga 4,000 meter.
Penerbangan EgyptAir 990 
Penerbangan dari John F. Kennedy di New York ke Kaherah pada 31 Oktober terhempas di Lautan Atlantik dan membunuh 217 penumpang. Menerusi penyelidikan, As membuat kesimpulan pemandu juru terbang sengaja menghempaskan pesawat sebagai tindakan membalas dendam kerana pernah ditegur atas kesalahan salah laku seksual.
Segi tiga Bermuda
Puluhan kapal dan pesawat dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan di kawasan berbentuk segi tiga antara Florida, Bermuda dan Puerto Rico.
Penerbangan 19 yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger antara yang hilang pada 5 Disember 1045, di perairan Lautan Atlantik ini.
Steve Fosset
Steve Fossett, seorang ahli perniagaan dilaporkan hilang pada 3 September 2007 ketika terbang melalui Great  Basin Desert di Nevada. Usaha mencari Peronda Udara Awam (CAP) dihentikan pada 2 Oktober.
Fossett disahkan meninggal dunia pada 15 Februari 2008.

NAHAS PESAWAT 2014

13 Mac
Sekurang-kurangnya enam penumpang maut dalam nahas pesawat ambulans di wilayah tengah  Meta di Colombia berhampiran Lapangan Terbang Vanguardia.
Ketika kejadian pesawat sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Bogota El Dorado ke Solano. Menurut saksi, pesawat terbakar sebelum terhempas.
11 Mac 
Igor Novodran, 52, terbunuh dalam nahas pesawat di Lapangan Terbang Washington Country selepas pesawat satu tempat duduk dinaiki terhempas di landasan sekitar jam 2.10 petang waktu tempatan.
9 Mac 
Kegagalan cubaan mendarat di Lapangan Terbang Aspen Pitkin-Country mengorbankan juru terbang dan mencederakan dua penumpang.  Jet dengan enjin berkembar 1994 Canadair Challenger berdepan angin

kencang semasa menghampiri lapangan terbang di Colorado barat menyebabkan ia terpaksa membuat cubaan pendaratan kedua.

16 Februari 2014 
Kesemua 18 penumpang maut selepas pesawat kecil dinaiki terhempas akibat cuaca buruk di sebuah gunung yang dilitupi salji  tebal di Nepal. Pesawat membawa 15 penumpang dan tiga orang anak kapal sedang dalam perjalanan dari Pokhara ke Jamia.
11 Februari 2014
Pesawat C-130 Hercules milik tentera Algeria membawa tentera dan keluarga terhempas berhampiran Ouled Gacem di timur negara  terbabit. Hanya seorang terselamat manakala 77 yang lain terbunuh sekali gus menjadikan insiden tersebut nahas udara paling teruk di Afrika Utara dalam tempoh 10 tahun.
DRAMA TRGEDI
Ugut bom pesawat
Bulan lalu, tindakan bijak juru terbang Boeing 737-800 Pegasus Airlines bersama anak kapal berjaya menyelamatkan pesawat dari Kharkiv, Turki daripada dirampas seorang lelaki Ukraine yang mengancam akan meletupkan bom dibawa di dalam beg.
Suspek berusia 45 tahun memaksa pesawat dengan 110 penumpang mengubah haluan penerbangan ke Sochi, yang merupakan tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Rusia.
Sebelum memasuki ruang udara di Turki, juru terbang berjaya memberi maklumat kepada Pusat Kawalan Tentera Udara Turki tentang cubaan rampasan dan pesawat pejuang F-16 dikerah bagi mengiringi pesawat tersebut. Pesawat akhirnya selamat mendarat ke destinasi asal di lapangan terbang di Sabiha Gokcen, Istanbul.
Kegagalan mekanikal punca 520 maut 
Pada 12 Ogos 1985, 520 penumpang terbunuh selepas pesawat Japan Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (dahulu Lapangan Terbang Haneda) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka

mengalami masalah mekanikal 12 minit selepas ia berlepas.

Selepas 32 minit, Boeing 747SR terhempas di antara dua rabung di Gunung Takamagahara di Ueno, wilayah Gunma kira-kira 100 kilometer dari

Tokyo dan Osutaka Ridge berhampiran Gunung Osutaka.

Insiden menyebabkan 15 anak kapal bersama 505 daripada 509 penumpang keseleruhan terbunuh. Hanya empat penumpang terselamat dalam nahas terbabit.
Rampas pesawat untuk perlindungan politik
Pembantu juru terbang pesawat Ethiopia Airlines Boeing 767-300 dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Rom ditahan selepas melakukan rampasan pesawat sebelum mendarat di Switzerland.
Suspek dikenali sebagai Hailemedehin Abera Tagegn menunggu sehingga juru terbang ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya di dalam kokpit.
Selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Geneva, dia dikatakan meminta perlindungan politik di Switzerland. Bagaimanapun, kesemua 202 penumpang dan anak kapal selamat.
Pesawat dijadual meninggalkan ibu negara Ethiopia pada pukul 3 pagi waktu tempatan dan tiba di Rom pada 4.40 pagi . Selepas merampas pesawat, suspek dipercayai membuat panggilan radio ke Geneva eminta kebenaran untuk mengisi bahan api sebelum mematikan penggera sekali gus menunjukkan pesawat telah dirampas.

Malah, suspek turut mengugut untuk menghempaskan pesawat. Dua jet pejuang Perancis dihantar mengiringi pesawat terbabit kerana telah melintasi Eropah. Pada jam 6 pagi waktu tempatan, pesawat itu  membuat pendaratan tidak berjadual di Geneva.
Scroll to top