Editorial

Gambar Erra Fazira Jumpa Anak Kali Pertama Selepas Berpisah



BAK kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa kasih ibu membawa ke syurga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai ikatan erat yang terjalin antara Erra Fazira, Engku Emran dan anak tunggal comel mereka, Engku Aleesya.
Nampaknya, mereka tidak lekang memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada si cilik itu walaupun pernikahan mereka berakhir dengan perpisahan.
Buktinya, baru-baru ini perimadona tersebut telah memuatnaik sekeping foto bersama anaknya dan dipercayai merupakan kali pertama Erra bertemu Aleesya sejak perpisahannya dengan Emran.
Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu jelas menunjukkan wajah kerinduan seorang ibu kepada anaknya dan Erra juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk merangkul erat anak tunggalnya.
Peminat yang turut tersentuh dengan foto itu tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Erra Fazira dengan harapan agar wanita itu lebih tabah mengharungi dugaan hidup.
Bertuah Aleesya mempunyai kedua orang ibu bapa yang cukup sayang akan dirinya dan tidak pernah sekali mengabaikan tanggungjawab mereka.
Apapun, walaupun sudah membawa haluan masing-masing, diharapkan agar mereka bertiga dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia selepas ini.
Kredit: Instagram Erra Fazira

Tags:

Related Posts

No comments:

Leave a Reply

Scroll to top