Kisah ustaz Farid Ravi dengan pramugari MAS

Kisah Yang Menyentap Jiwaku: Pramugari Boeing 777
Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;
Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.
Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz“, saya jawab “Wa alaikum salam”.
Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.
Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni“… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yg mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;
Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikum salam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan.
Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA”.
-oleh Ustaz Farid Ravi
Bekerja Ikut Giliran Syif Buat Pekerja Jadi Gila

Kajian itu juga menunjukkan bekerja pada syif malam meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga tiga kali ganda.
Pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tidur di University of Surrey, England, Profesor Derk-Jan Dijk berkata, bekerja secara syif dikatakan dapat memusnahkan sehingga 1,500 gen dalam tubuh manusia. Tubuh manusia mempunyai kira-kira 24,000 gen.
Menurutnya, gangguan terhadap kitaran 24 jam semula jadi badan akan secara tidak langsung mengubah pola irama gen.
Untuk menilai kesan ke atas tubuh, penyelidik menempatkan 22 orang responden mengikut jadual 28 jam sehari tanpa kitaran cahaya gelap semula jadi.
Hasil kajian mendapati, kitaran tidur-jaga mereka tertangguh sehingga empat jam setiap hari menyebabkan mereka tidur 12 jam berbeza daripada hari normal.
Sampel darah juga menunjukkan pengurangan enam kali ganda dalam bilangan gen dalam tempoh kira-kira 24 jam.
Pengurangan gen itu dipercayai mempengaruhi kitaran tubuh dalam jangka masa panjang sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan.
Sumber: Kosmo!
Ayah Makin Tua Makin Miang

SEBENARNYA nak cerita malu, tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi sakit jiwa, sebab kami dah tak tahan lagi dengan perangai ayah semakin tua makin menjadi-jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tahu. Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, semakin di nasihati semakin dia tunjukkan perangai buruknya pada kami.
Bayangkan ayah boleh bercinta dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua, supaya kami dengar. Hinggakan saudara mara yang mendengar pun geleng kepada. Itu cerita Fatin Najwa dalam e-mel pendek dan seterusnya ketika kami berbual panjang beberapa kali di telefon baru-baru ini.
Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali, ayah tak beri emak ikut, susah katanya, sebab kami bersekolah, dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.
Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di telefon awam, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar. Bila cuti sekolah ayah balik rumah, sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggilan telefon.
Saya tahu ayah ada sahabat pena. Bukan itu saja, kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada. Dalam adik-beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur perangai ayah. Kakak-kakak tak berani, katanya berdosa cakap kasar dengan ayah, tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah, tak berdosa?
Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak perangai ayah tak betul saya tegur walaupun saya selalu kena tengkeng. Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka perangai ayah cakap depan-depan, tapi kata emak sabar, satu hari nanti ayah berubah. Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi-jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.
Peliknya, si isteri orang ini Qas umur dah lebih 40 tahun, ada anak tiga orang, dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah, konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke? Tujuan sebenarnya nak goda ayah. Peliknya suami Qas tak marah, sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.
subahat
Saya rasa suaminya tak marah sebab dia izinkan isterinya pergi makan angin tiga malam ke Genting siap bergambar dengan ayah. Takkan dia tak tanya isterinya pergi mana, tinggalkan anak dan dia siap ambil cuti jaga anak-anak di rumah.
Mulanya saya tak tahu perangai ayah tapi guru sekolah tempat ayah mengajar beritahu, mereka tak mahu bersubahat. Untuk kepastian, saya intip ayah. Saya selidik siapa Qas dan suaminya. Memang tak boleh nafikan. Akibatnya emak dapat penyakit jantung.
Saya pernah curi tengok telefon ayah tertinggal ketika dia mandi. Terkejut berok bila saya tengok gambar-gambar ghairah Qas tak berbaju berlengkar atas katil dengan ayah. Saya tau Qas ambil gambar tu, sebab ayah memang tak pandai gunakan telefon canggih.
Emak selalu menangis, tapi tak berani tanya ayah. Dia selalu cerita perangai ayah, bila saya naik angin, emak suruh saya sabar, berdosa lawan ayah. Jadi apa sebenarnya emak mahu? Saya beritahu emak, perangai ayah semakin buruk berpunca daripada sikap emak, sebab terlalu takut dan puji ayah setengah mati, hinggakan ayah selalu ugut nak terajang emak.
Kerana dah tak tahan perangai buruk ayah, ada seorang dua guru telefon kakak dan saya suruh emak datang, tapi kami tak beri, sebab emak sakit jantung. Saya pernah lihat kereta ayah di rumah Qas. Bila mereka keluar, saya tanya anak Qas mana emak dan ayahnya.
Kata anaknya emaknya keluar, ayahnya pergi kerja. Saya tanya lagi mereka tahu tak emaknya isteri orang tak boleh berjalan dengan suami orang. Berdosa. Bila emaknya balik, mereka beritahu ayah saya dan Qas, apa lagi, ayah mengamuk sakan tuduh saya campur urusannya. Saya mengaku sebab nak sedarkan ayah tak baik buat skandal dengan isteri orang, akibatnya teruk saya kena penampar dan penumbuk ayah.
Saya bukan budak kecil, dah 22 tahun. Tetapi kena pukul sebab cuba nasihatkan ayah. Sejak itu perangai ayah bertambah teruk lagi, seolah-olah mencabar saya dan emak, apa kami boleh buat kalau dia berasmara dengan kekasihnya di telefon. Ayah langsung tak ada perasaan segan silu. Lebih menyedihkan ayah sudah lupa solat. Jangan kata solat lima waktu, solat Jumaat pun dia tak buat, asyik keluar makan dan shopping dengan Qas.
Saya tahu ayah ada banyak duit, sebab dia tak tanggung lagi makan minum kami, semua emak uruskan. Jadi duit lebihannya dia belikan telefon canggih, laptop untuk kekasihnya dan anak-anaknya. Peliknya suami Qas tak marah. Ini bukan kali pertama Qas ada skandal dengan suami orang. Dia cerita keseronokannya dalam FB, dia bangga kerana dapat ayah jauh lebih baik daripada kekasih lamanya.
Ayah tak tahu guna telefon canggih, tapi Qas suruh belajar. Nak hantar SMS tulisan halus mata ayah dah kabur kerana penyakitnya. Tapi ayah tak malu dia guna kanta pembesar untuk taip dan baca SMS. Saya pernah sindir ayah, kalau mata dah kabur ingatlah diri dah tua tak payah SMS lagi, belajarlah pergi ke masjid.
Sekarang ayah makan ubat double steam cell supaya nampak muda, kulit cerah dan lawa. Ayah tak tahu pasal benda-benda tu, tapi Qas suruh ayah makan supaya ayah kekal muda dan dia boleh kikis duit ayah lagi. Itu cerita FatinNajwa.
Utusan
Lima Insiden Pesawat Hilang Yang Pernah Kejutkan Dunia
KEHILANGAN pesawat Air France pernah mengejutkan dunia apabila ia tidak dapat dijumpai walaupun dilaporkan terhempas di Lautan Atlantik. Pesawat berkenaan hanya ditemui selepas dua tahun.
Bagi Malaysia Airlines (MAS), setelah lebih 60 tahun beroperasi, syarikat ini turut terpalit kenangan pahit melibatkan pesawat kendaliannya.
Pada Disember 1977, MAS terlibat nahas pertama apabila pesawat MH653 terhempas di Tanjong Kupang, Johor dan mengorbankan 100 nyawa.
Manakala pada September 1995, 34 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas pesawat Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Pesawat dilaporkan terlajak dan terhempas lalu merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti terletak berhampiran lapangan terbang.
Kini, MAS sekali lagi diuji apabila pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tiba-tiba hilang. Ada mengaitkan kes ini dengan kehilangan Air France AF447 ekoran kesukaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan pesawat terbabitPesawat membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi, dua jam selepas ia berlepas.
Sehingga kini, usaha mencari masih giat dijalankan diiringi bantuan dari lebih 15 negara yang menghantar pelbagai jenis pesawat canggih mereka untuk mengesan pesawat malang terbabit.
5 KEHILANGAN MISTERI DI UDARA
Amelia Earhart
Juruterbang wanita pertama dunia Amelia Earhart hilang ketika cuba melakukan penerbangan bersejarah merentasi Lautan Pasifik dan mengelilingi dunia bersama juru pandu Fred Noonan menaiki pesawat Lockheed Model 10 Electra.
Sejak terputus hubungan 3 Julai 1937, misi mencari dihentikan secara rasmi pada 18 Julai. Amelia disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 1939 setelah usaha mencari gagal.
Air France AF447
1 Jun 2009, pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 orang terbunuh.
Beberapa hari selepas itu, beberapa serpihan ditemui dan dua tahun kemudian, kotak hitam dan lain-lain serpihan pesawat ditemui terdampar di dasar lautan pada kedalaman antara 3,800 hingga 4,000 meter.
Penerbangan EgyptAir 990
Penerbangan dari John F. Kennedy di New York ke Kaherah pada 31 Oktober terhempas di Lautan Atlantik dan membunuh 217 penumpang. Menerusi penyelidikan, As membuat kesimpulan pemandu juru terbang sengaja menghempaskan pesawat sebagai tindakan membalas dendam kerana pernah ditegur atas kesalahan salah laku seksual.
Segi tiga Bermuda
Puluhan kapal dan pesawat dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan di kawasan berbentuk segi tiga antara Florida, Bermuda dan Puerto Rico.
Penerbangan 19 yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger antara yang hilang pada 5 Disember 1045, di perairan Lautan Atlantik ini.
Steve Fosset
Steve Fossett, seorang ahli perniagaan dilaporkan hilang pada 3 September 2007 ketika terbang melalui Great Basin Desert di Nevada. Usaha mencari Peronda Udara Awam (CAP) dihentikan pada 2 Oktober.
Fossett disahkan meninggal dunia pada 15 Februari 2008.
NAHAS PESAWAT 2014
13 Mac
Sekurang-kurangnya enam penumpang maut dalam nahas pesawat ambulans di wilayah tengah Meta di Colombia berhampiran Lapangan Terbang Vanguardia.
Ketika kejadian pesawat sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Bogota El Dorado ke Solano. Menurut saksi, pesawat terbakar sebelum terhempas.
11 Mac
Igor Novodran, 52, terbunuh dalam nahas pesawat di Lapangan Terbang Washington Country selepas pesawat satu tempat duduk dinaiki terhempas di landasan sekitar jam 2.10 petang waktu tempatan.
9 Mac
Kegagalan cubaan mendarat di Lapangan Terbang Aspen Pitkin-Country mengorbankan juru terbang dan mencederakan dua penumpang. Jet dengan enjin berkembar 1994 Canadair Challenger berdepan angin
kencang semasa menghampiri lapangan terbang di Colorado barat menyebabkan ia terpaksa membuat cubaan pendaratan kedua.
16 Februari 2014
Kesemua 18 penumpang maut selepas pesawat kecil dinaiki terhempas akibat cuaca buruk di sebuah gunung yang dilitupi salji tebal di Nepal. Pesawat membawa 15 penumpang dan tiga orang anak kapal sedang dalam perjalanan dari Pokhara ke Jamia.
11 Februari 2014
Pesawat C-130 Hercules milik tentera Algeria membawa tentera dan keluarga terhempas berhampiran Ouled Gacem di timur negara terbabit. Hanya seorang terselamat manakala 77 yang lain terbunuh sekali gus menjadikan insiden tersebut nahas udara paling teruk di Afrika Utara dalam tempoh 10 tahun.
DRAMA TRGEDI
Ugut bom pesawat
Bulan lalu, tindakan bijak juru terbang Boeing 737-800 Pegasus Airlines bersama anak kapal berjaya menyelamatkan pesawat dari Kharkiv, Turki daripada dirampas seorang lelaki Ukraine yang mengancam akan meletupkan bom dibawa di dalam beg.
Suspek berusia 45 tahun memaksa pesawat dengan 110 penumpang mengubah haluan penerbangan ke Sochi, yang merupakan tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Rusia.
Sebelum memasuki ruang udara di Turki, juru terbang berjaya memberi maklumat kepada Pusat Kawalan Tentera Udara Turki tentang cubaan rampasan dan pesawat pejuang F-16 dikerah bagi mengiringi pesawat tersebut. Pesawat akhirnya selamat mendarat ke destinasi asal di lapangan terbang di Sabiha Gokcen, Istanbul.
Kegagalan mekanikal punca 520 maut
Pada 12 Ogos 1985, 520 penumpang terbunuh selepas pesawat Japan Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (dahulu Lapangan Terbang Haneda) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka
mengalami masalah mekanikal 12 minit selepas ia berlepas.
Selepas 32 minit, Boeing 747SR terhempas di antara dua rabung di Gunung Takamagahara di Ueno, wilayah Gunma kira-kira 100 kilometer dari
Tokyo dan Osutaka Ridge berhampiran Gunung Osutaka.
Insiden menyebabkan 15 anak kapal bersama 505 daripada 509 penumpang keseleruhan terbunuh. Hanya empat penumpang terselamat dalam nahas terbabit.
Rampas pesawat untuk perlindungan politik
Pembantu juru terbang pesawat Ethiopia Airlines Boeing 767-300 dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Rom ditahan selepas melakukan rampasan pesawat sebelum mendarat di Switzerland.
Suspek dikenali sebagai Hailemedehin Abera Tagegn menunggu sehingga juru terbang ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya di dalam kokpit.
Selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Geneva, dia dikatakan meminta perlindungan politik di Switzerland. Bagaimanapun, kesemua 202 penumpang dan anak kapal selamat.
Pesawat dijadual meninggalkan ibu negara Ethiopia pada pukul 3 pagi waktu tempatan dan tiba di Rom pada 4.40 pagi . Selepas merampas pesawat, suspek dipercayai membuat panggilan radio ke Geneva eminta kebenaran untuk mengisi bahan api sebelum mematikan penggera sekali gus menunjukkan pesawat telah dirampas.
Malah, suspek turut mengugut untuk menghempaskan pesawat. Dua jet pejuang Perancis dihantar mengiringi pesawat terbabit kerana telah melintasi Eropah. Pada jam 6 pagi waktu tempatan, pesawat itu membuat pendaratan tidak berjadual di Geneva.
