Himpunan Foto Seksa Aktres Indon Ketika Bersosial
Biodata Mirasih Tyas Endah atau Tyas Mirasih (lahir di Jakarta, 8 April 1987; umur 22 tahun) adalah seorang model video klip, presenter, dan pemain sinetron Indonesia. Memang tidak dinafikan pelakon yang sedang meningkat naik ini agak bersifat lebih terbuka dan tidak teragak-agak untuk kongsi gambar-gambar panas di media sosial
Nikita Willy Pakai Dress S*ksi Masuk Masjid
Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu.
Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian agak seksi dengan bahagian bahunya terdedah.
Penampilan Niki sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan busana tertutup, maklumlah di masjid.
Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.
"Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan.
![]() |
| Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan |
"Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.
Kisah Sedih Iqbal Mazlan, Jual Botol & Putus Tunang
PETALING JAYA: Kesengsaraan hidup juara Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan datang bertimpa-tipa apabila dia putus tunang dan menjadi penjual botol kerana kesempitan hidup.
Iqbal, 26, memberitahu nasibnya bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila dia juga tidak menerima sebarang tawaran berlakon sudah hampir setahun lalu manakala hasratnya untuk berkahwin tidak menjadi selepas pihak wanita meminta pertunangan mereka diputuskan.
"Saya tidak mahu fikir negatif kenapa dia tinggalkan saya, mungkin kami memang tiada jodoh lagi dan hubungan juga sudah tiada lagi persefahaman.
"Dua bulan pertama kami putus, memang saya sangat kecewa kerana kami sudah berkawan hampir tiga tahun dan ketika saya berada dalam keadaan begini dan tiada tawaran berlakon, dia pula tinggalkan saya.
"Ibu juga ada berseloroh menyuruh supaya saya mandi bunga kerana malang yang bertimpa-timpa, tapi saya tidak percaya," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.
Sementara itu, katanya, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara perbelanjaan seharian keluarga termasuk menjual nasi lemak dan mengutip botol di sekitar Klang dekat sini.
Tambah Iqbal, dia reda dan menganggap musibah yang datang sebagai satu ujian daripada Allah.
"Ibu-bapa saya tidak bekerja jadi saya perlu mencari duit perbelanjaan lebih-lebih lagi anak angkat saya iaitu Adam yang sedang membesar. Dia pun dah berusia tiga tahun.
"Oleh itu saya terpaksa buat apa juga kerja yang halal termasuk jual nasi lemak, kutip botol dan tin kosong di tepi jalan untuk di jual.
"Saya ada juga hubungi pihak-pihak produksi yang pada mulanya ingin menawarkan saya berlakon tetapi bila tiba masanya saya cuba hubungi tidak pula dijawab," katanya.
Tambah Iqbal, dia juga kini baru sahaja bekerja di sebuah gimnasium di Ukay Perdana, Ampang dan melatih pelajar-pelajar sekolah dalam seni mempertahankan diri pada setiap hujung minggu.
Lebih teruk lagi, ibunya kini sedang menghidap penyakit kanser payudara, manakala dia sendiri mengalami kecederaan pada pinggang kesan akibat terjatuh ketika melakonkan aksi lagak ngeri untuk sebuah filem beberapa tahun lalu.
"Ibu saya masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Klang, dan saya juga tidak boleh terlalu aktif kerana cedera di pinggang kesan daripada jatuh ketika penggambaran filemAbuya beberapa tahun lalu," katanya.
mstar
Gambar Menggoda Neelofa Ketika Sesi Latihan KickBoxing

Kickboxing atau muay Thai sememang nya begitu sinonim dengan masyarakat pantai timur khususnya Kelantan..seni bela diri ini bukan saja untuk memjadi sebagai senaman malahan juga telah di iktiraf diperingkat dunia.
Pengacara cantik dari negeri Pantai Timur, Neelofa mula mempelajari seni mempertahankan diri kickboxing sebagai senaman rutin dan juga secara tidak langsung untuk menjaga keselamatan dirinya.
Bukan mudah sebenarnya untuk bergelar selebriti, lebih-lebih lagi wanita, walaupun berat badan hanya bertambah sekilo-dua, namun ‘pembesaran’ yang kecil itu nampak begitu ketara di kaca televisyen.
Jom tengok gambar-gambar selebriti jelita ini yang telah dimuat naik dilaman sosial nya.
Selain berdiet, para selebriti juga dilihat telah mula giat mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal menawan di khalayak ramai, selamat maju jaya untuk Neelofa
Hanez Suraya Akur Liyana Enggan Mohon Maaf
SHAH ALAM: Pelakon Hanez Suraya akur untuk tidak mengambil tindakan terhadap Nurliyana Abd Manan, wanita yang juga isteri kepada teman lelakinya kerana enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, juga enggan mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak.
"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya ringkas kepada mStar Online.
Hanez ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, Khamis.

Pelakon drama I Love You Mr. Arrogant itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Pada sidang media itu dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Dalam pada itu, Hanez berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.
"Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup.
"Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," katanya.
Sementara itu, Hanez berkata, dia ada membaca komen daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada sidang akhbar yang diadakan.
Hanez berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian.
"Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.
"Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia sangat teruja untuk beraksi pada teaterProjek Kahwin kerana itu adalah penampilan pertamanya di pentas teater.
Kata Hanez, biarpun gementar namun dia ingin menyahut cabaran tersebut kerana ia adalah peluang untuk membuktikan kebolehannya sebagai pelakon.
"Dulu penerbit pernah menawarkan saya untuk berlakon teater Maduku Kalut tetapi saya tolak kerana tidak yakin dapat melakukannya.
"Namun semangat dan dorongan daripada produksi dan rakan-rakan membuatkan saya ingin mencuba apabila sekali lagi ditawarkan untuk berlakon teater," jelasnya.
Selain Hanez, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.
Rupa Anak Kandung Micheal Jackson?
Bagi Mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Howard menjalani ujian DNA menggunakan sampel gigi mendiang dan hasilnya terbukti 99,9 peratus sahih.
Menurut Howard, dia mendapatkan bukti bukan untuk mengejar populariti semata-mata sebaliknya mahu mencari kebenaran mengenai asal-usulnya.
"Demi kebenaran, saya bersumpah bahawa ujian DNA tiada kaitan dengan harta atau glamor.
"Tetapi ingin mengetahui siapa ibu bapa kandung atas keinginan diri sendiri. Tiada paksaan mana-mana pihak," tegasnya.
3 Gambar Hot Seksi Erra Fazira Dengan Rambut Warna Perang
Perrghh ! "Selfierina Blonde Gurl Wanna Be! Shading Maut- by Deqsha Hair by Nurul Shukor Official," ujar Erra Fazira mengenai imej blondenya. Nampaknya Erra Fazira terus MOVE ON tanpa toleh ke belakang lagi. Ini merupakan gambar terkini beliau. Memang Cantik Macam Anak Dara !
















