Editorial

Lelaki Melayu Buat Laporan Polis Berang Speaker Azan Kuat



SEBELUM ini, kita pernah mendengar pihak bukan Islam yang mengadu kerana penggunaan pembesar suara yang kuat oleh masjid ketika melaungkan azan atau bacaan ayat suci Al-Quran.
Tetapi agak ganjil dan jarang jika yang menjadi pengadu kepada perkara-perkara begini datangnya dari umat Islam sendiri yang merungut gangguan ke atas mereka pada awal-awal pagi.

Lelaki itu yang berusia 56 tahun, sanggup sehingga membuat laporan polis berkenaan kes itu.
Dalam laporan polis berkenaan, lelaki itu turut berkata telah membuat laporan ke pejabat Jabatan Agama Islan Negeri Johor dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan untuk tindakan lanjut.
Tidak diketahui apakah tujuan lelaki ini membuat laporan polis kerana kes berkenaan. Jika diteliti laporan polis yang dibuat ada kemungkinan lelaki itu bukanlah jenis orang yang suka untuk bangun Subuh.
Dek kerana terganggu agaknya untuk tidur tergamak beliau membuat laporan polis.

Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Prof Izzi



BELUM pun reda dakwaan mengaitkan Professor Izzi Ali dengan kes mencabul pelajarnya, kini timbul pula pendedahan dari seorang wanita yang mendakwa bekas pembantu peribadi kepada pakar motivasi tersebut.
Wanita itu memberi komen di Facebook menceritakan dia pernah bekerja untuk Prof Izzi sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan dua tahun lalu.
“Sampai bila nak tutup benda ni, saya ingatkan dia dah insaf, dah bertaubat. Rupa-rupanya masih dengan perangai lama dia lagi,” kata wanita itu dalam satu komentar di Facebook.
Kenyataan itu menyusul ketika Prof Izzi masih membisu berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya baru-baru ini.
Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana benar wanita tersebut pernah bekerja dengan Prof Izzi.

Sebelum ini seorang pelajar mengaku diraba buah dada oleh seorang prof terkenal. Berikut adalah petikan akhbar HMetro:

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.
Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nuru Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
Laman Facebook milik Prof Izzi turut menjadi tempat membincangkan polemik tersebut dengan reputasi pensyarah berkenaan mula menjadi pertikaian serius termasuk oleh pengikutnya di laman sosial tersebut.
Malah, ada yang secara terbuka mempersoalkan sikap membisu Prof Izzi yang memilih untuk berdiam diri sehingga kini. – New Malaysian Post

Warga Emas Bernafsu Liar Cabul 3 Budak


Manila: Seorang lelaki Britain berusia 73 tahun ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan tiga kanak-kanak bawah umur.
Stanley James Lamb ditahan polis Carcar kerana disyaki meraba bahagian sulit kanak-kanak itu di kediamannya di Barangay Perrelos, Cebu kelmarin.
Ketua Polis Wilyah Visayas, Superintendan Danilo Constantino berkata, Stanley didakwa di bawah akta pencabulan Filipina.
Katanya, identiti ketiga-tiga mangsa yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Danilo berkata, Stanley menjemput mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mereka.
Tertuduh ditahan di balai polis Carcar sementara menunggu pertuduhan difailkan ke atasnya.
Sabtu lalu, seorang diplomat Itali berusia 46 tahun ditahan di pusat peranginan Laguna selepas dituduh menyeludup dan mendera tiga kanak-kanak lelaki.
Menurut saksi, duta Itali di Turkmenistan, Daniele Bosio dilihat “meraba dan membelai” kanak-kanak itu di kolam renang.
Bosio ditahan di balai polis Biñan sementara kanak-kanak itu yang didakwanya gelandangan dari Manila, diletakkan di Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan.

Buaya Gergasi Baham Dan Makan 6 Orang Sekaligus



Kampala: Seekor buaya yang disyaki membaham dan memakan sekurang-kurangnya enam orang ditangkap di pantai Tasik Victoria.

Sang bedal berukuran 5.5 meter panjang dan berat kira-kira setan ditangkap selepas penduduk tempatan mendesak pegawai hidupan liar memburunya.

Mangsa terbarunya dipercayai bapa dua anak, Bosco Nyansi, nelayan tempatan. Baju Bosco yang koyak rabak ditemui terapung di tasik berkenaan oleh penduduk tempatan.

Tidak ada kesan lain ditemui dan rakannya percaya dia dibaham buaya berkenaan.

Reptilia berkenaan dipercayai berusia lebih 80 tahun. Ia diyakini memakan dan mencederakan beberapa nelayan sebelum ini kerana minatnya terhadap daging manusia.

Pegawai hidupan liar memerangkap buaya berkenaan dengan mengguna umpan daging besar ketika memburunya selama empat hari. - Agensi

Himpunan Foto Seksa Aktres Indon Ketika Bersosial

Biodata Mirasih Tyas Endah atau Tyas Mirasih (lahir di Jakarta, 8 April 1987; umur 22 tahun) adalah seorang model video klip, presenter, dan pemain sinetron Indonesia. Memang tidak dinafikan pelakon yang sedang meningkat naik ini agak bersifat lebih terbuka dan tidak teragak-agak untuk kongsi gambar-gambar panas di media sosial







Lelaki Disembelih, Perut Ditoreh Dan Terburai



Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian. 
Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu. 

"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.

"Kejadian bunuh dipercayai berlaku di tempat lain sebelum mayat itu dibuang di tempat ia dijumpai berdasarkan kesan darah yang sudah kering, selain tiada kesan titisan darah di tempat kejadian dan kesan pergelutan," katanya.



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Teori Konspirasi ‘Diego Garcia’ Semakin Dapat Kepercayaan



TIDAK lama selepas insiden kehilangan MH370, pelbagai teori menjadi bahan kupasan di laman siber, namun paling banyak diperkatakan ialah konspirasi melibatkan Diego Garcia - pulau terpencil di selatan Lautan Hindi yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).
Walaupun pelbagai teori konspirasi menjadi bualan, namun Diego Garcia paling mendapat perhatian dengan adanya kaitan demi kaitan yang dibuat sepanjang operasi mencari pesawat berkenaan.
Dengan tempoh pencarian yang sudah memasuki hari ke-29, tindak-tanduk Amerika Syarikat yang didakwa “tidak sepenuh hati” dalam membantu operasi mencari dan menyelamat semakin menguatkan lagi teori berkenaan.
Masakan tidak, Amerika Syarikat yang dilaporkan sebagai kuasa besar yang mendominasi teknologi ketenteraan masih tidak dapat memberi penjelasan konkrit bagaimana negara itu gagal menjelaskan banyak perkara termasuk data radar dan satelit canggih yang dimilikinya.
Lebih menimbulkan tanda-tanya, sehingga kini, Amerika Syarikat tidak berkongsi data satelit yang dimilikinya kecuali beberapa negara lain termasuk Australia, Perancis, Thailand, Japan dan India.
Pakar kejuruteraan penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir yang dalam satu laporan Sinar Harian berkata, radar ketenteraan milik AS di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.
Menurutnya, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu boleh mengesan pesawat atau kapal yang berada ribuan meter di atas udara mahupun laut berserta jenis, kelajuan dan sebagainya.
“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.

Sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori konspirasi yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.

Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi.
Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas – sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas – dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan.
“Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?” soal beberapa pengguna Twitter.
Jadi bualan paling hangat di Twitter
Pemantauan di Twitter berkenaan MH370 sejak tiga minggu lalu dan mendapati kebanyakannya menyebut Diego Garcia (kanan), khususnya di kalangan tweet yang telah dikongsi oleh beberapa pengguna lain.
Kisah Diego Garcia berterusan walaupun muncul teori-teori lain tentang apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200ER yang turut diperkatakan dalam wacana awam.
“Sehingga semalam, terdapat 1,000 hingga 2,000 tweet setiap jam tentang MH370 bergantung kepada masanya, manakala tweet yang menyebut tentang Diego Garcia ialah sekitar 50 tweet sejam,” lapor portal Malaysiakini.
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.
Dakwaan penduduk Maldives kukuh
Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat sebelum ini menolak teori tentang Diego Garcia itu.
Scroll to top